Friday, May 25, 2012

dengan BERZIKIR hati menjadi tenang



Kejujuran disukai oleh ALLAH SWT. Berterus-terang merupakan penyuci kalbu. Amalan menjadi bukti. Tidak ada amalan yang paling melapangkan dada dan paling mendatangkan pahala sebagaimana zikir.

"Ingatlah kepada-KU, pasti AKU ingat kepada kalian."
 Surah al-Baqarah:152 

Berzikir mengingatkan ALLAH merupakan taman syurga dunia. Siapa yang tidak masuk ke dalamnya, ia tidak akan masuk ke dalam syurga akhirat. Zikir menyelamatkan jiwa dari segala kepenatan dan kerunsingan. Bahkan ia merupakan jalan yang lapang dan singkat menuju segala kemenangan dan kejayaan. Amatlahilah lembaran wahyu untuk mengetahui manfaat zikir dan cubalah mengamalkannya agar kita sihat.

Jika sakit, berubat melalui zikir pada-Mu. Ketika lalai, pada saat itulah kembali pada-Mu. Dengan berzikirlah, hilanglah rasa takut, gelisah dan resah. Dengan berzikirlah, lenyap segala derita dan duka. Tidak aneh kalau orang yang berzikir merasa begitu bahagia. Zikir adalah asas yang paling utama. Namun, yang anih adalah bagaimana orang-orang yang boleh lalai menjalani kehidupan mereka.

"Mereka mati, tidak hidup. Dan mereka tidak mengetahui bila para penyembahnya akan bangkitkan."
 Surah an-Nahl:21

Semakin kerap berzikir mengingati-Nya, semakin tenang dan tenteram fikiran, hati, jiwa dan hidup kerana zikir terdapat makna tawakal, yakin, bersandar, kembali, berprasangka baik dan menantikan jalan keluar dari-Nya. Dia begitu dekat saat diseru, Maha mendengar saat dipanggil dan Maha mengabulkan saat diminta. Oleh keran itu, merendah diri dan khusyuknya ketika memohon kepada-Nya, terus menyebut nama-Nya yang baik dan penuh berkat, Samada dalam bentuk pujian, sanjungan permintaan ataupun istighfar. Dengan pertolongan dan kekuatan-Nya pasti mendapat kebahagian, kegembiraan dan cahaya.

"ALLAH berikan kepada mereka balasan dunia dan sebaik-baik balasan akhirat"
 Surah Ali-Imran:148

WAHAI YANG MENGELUH DAN MERATAPI DERITA, YANG DIUJI OLEH BERBAGAI-BAGAI MUSIBAH DAN YANG DIGANGGU KETENTERAMAN HIDUPNYA OLEH UJIAN, MARILAH MENYERU NAMA-NYA YANG SUCI.

Tuesday, May 08, 2012

IMAN adalah kehidupan



Orang yang paling menderita ialah mereka yang hilang kekayaan iman dan keyakinan.Selamanya akan hidup dalam keadaan murka, rendah dan hina.

"siapa yang berpaling dari peringatanku, ia akan hidup menderita."  
   Surah al-An'am : 110

Hal yang boleh membuat jiwa merasa bahagia, bersih, suci dan gembira hanyalah IMAN kepada ALLAH. Hidup akan terasa nikmat dengan iman. Kini saatnya dunia menerima dan meyakini sepenuhnya bahawa tiada tuhan selain ALLAH. Ingatlah berhala dalah khurafat, kekufuran adalah laknat dan atheisme adalah dusta. Sebaliknya rasul itu benar dan ALLAH maha benar. ALLAH pemilik kekuasaan, pujian dan maha kuasa atas segala sesuatu.

"siapa yang beramal soleh, baik lelaki mahupun perempuan sementara ia muk min, maka akan Kami berikan  kepadanyakehidupan yang baik serta akan Kami balas mereka sesuai dengan amal terbaik yang mereka lakukan."
 Surah an-Nahl : 97

Kebahagian dan ketenteraman bergantung kepada sejauh mana kekuatan dan kehangatan iman. Yang dimaksudkan dengan kehidupan yang baik pada ayat di atas adalah keyakinan terhadap janji ALLAH, keteguhan hati dalam mencintai ALLAH, bersihnya jiwa dari berbagai-bagai peristiwa, ketenteraman kalbu saat menerima ketentuan ALLAH serta redha terhadap takdir. Mengakui dan meyakini bahawa ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai AGAMA dan NABI MUHAMMAD SAW sebagai NABI dan RASUL.

KEBAHAGIAN DAN KETENTERAMAN BERGANTUNG PADA SEJAUH MANA KEKUATAN DAN KEHANGATAN IMAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...