Tuesday, August 16, 2011

terjemahan bacaan dalam SOLAT


 

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Monday, August 15, 2011

npe ALLAH temukan kte dgn psgan yg SALAH...???

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

 

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.





Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
 Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, August 05, 2011

teguran itu PENTING..??? betul ke..??

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

 




Membina dan Meroboh

 
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
 
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
 
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
 
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
 
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
 
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
 
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 
 
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
 
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Thursday, August 04, 2011

Bell palsy...??? u kn0w that...??

What is Bell's palsy?

Bell's palsy is a paralysis or weakness of the muscles on one side of your face. Damage to the facial nerve that controls muscles on one side of the face causes that side of your face to droop . The nerve damage may also affect your sense of taste and how you make tears and saliva. This condition comes on suddenly, often overnight, and usually gets better on its own within a few weeks.

 


Bell's palsy is not the result of a stroke or a transient ischemic attack (TIA). While stroke and TIA can cause facial paralysis, there is no link between Bell's palsy and either of these conditions. But sudden weakness that occurs on one side of your face should be checked by a doctor right away to rule out these more serious causes.

 

What causes Bell's palsy?

The cause of Bell's palsy is not clear. Most cases are thought to be caused by the herpes virus that causes cold sores.
In most cases of Bell's palsy, the nerve that controls muscles on one side of the face is damaged by inflammation.
Many health problems can cause weakness or paralysis of the face. If a specific reason cannot be found for the weakness, the condition is called Bell's palsy.

 

What are the symptoms?

Symptoms of Bell's palsy include:
  • Sudden weakness or paralysis on one side of your face that causes it to droop. This is the main symptom. It may make it hard for you to close your eye on that side of your face.
  • Drooling.
  • Eye problems, such as excessive tearing or a dry eye.
  • Loss of ability to taste.
  • Pain in or behind your ear.
  • Numbness in the affected side of your face.
  • Increased sensitivity to sound.

 

How is Bell's palsy diagnosed?

Your doctor may diagnose Bell's palsy by asking you questions, such as about how your symptoms developed. He or she will also give you a physical and neurological exam to check facial nerve function.
If the cause of your symptoms is not clear, you may need other tests, such as blood tests, an MRI, or a CT scan.

 

How is it treated?

Most people who have Bell's palsy recover completely, without treatment, in 1 to 2 months. This is especially true for people who can still partly move their facial muscles. But a small number of people may have permanent muscle weakness or other problems on the affected side of the face.
If your doctor suspects that your Bell's palsy is caused by inflammation, you may be given corticosteroids, such as prednisone, to reduce the inflammation. If your doctor thinks that a virus is causing your Bell's palsy, he or she may prescribe antiviral drugs, such as acyclovir. But there is no clear evidence that antiviral drugs are effective for Bell's palsy.

inilah penyakit yang emak tersayang aku sedang hadapi..da byk research aku buat tntg pnyakit nie..mmg xde cure..steroid pn juz bley bntu tok bpe bulan je..h0pe mak tabah hadapinya..amiin~

tenang lh wahai HATI~


Setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tetapi... kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman, "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan..."

 

Apa masalah kita?

Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.

Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tetapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita.
Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tidak bersyukur pada Allah. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih... mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?
Ada, mungkin ada, tapi dulu... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?

Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?

Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.

Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri. Tenanglah dikau, wahai hati...

Wednesday, August 03, 2011

menuntut ilmu wajib...?? knapekah..??

 
Kita mulakan dengan satu sabda rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki Islam dan pompuan Islam". secara kasarnya ilmu dapat dibahgikan kepada dua (2) kategori:

1. lmu Fardu Ain.
2. Ilmu fardu Kifayah.

Ilmu fardu Ain adalah ilmu yg wajib dituntut oleh setiap inividu yang mengaku islam sebagai agamanya maka tidak belajar hukumnya berdosa. Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang dituntut agar dipelajari..Jika sesuatu tempat atau sesebuah kampung tidak ada orang yang mahir dalam cabang ilmu fardu kifayah ini maka satu kampung itu akan menerima bahana dosa...tersebut.

Ilmu fardu ain yang wajib dituntut oleh kita (mukallaf) tebahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu;

1. Ilmu Tauhid/ ilmu qalam/ ilmu ushulluddin. ilmu tauhid pengajian sifat 20 merangkumi tuntutan enam rukun iman. Ilmu tauhid minimum haruslah kita tahu sifat wajib,mustahil dah harus bagi Zat Allah s.w.t, ndan Rasul-Nya untuk mengesahkan keimanan kita


2. Ilmu feqah - ilmu feqah pula merangkumi tuntutan lima rukun islam. ilmu feqah wajib dipelajari minimum mengetahui segala syarat, rukun, dan perkara yang boleh membatalkan ibadat... penting untuk mengesahkan amalan kita...perlu di ketahui ilmu feqah melibatkan hal-hal ibadat zahir yg membabitkan anggota tubuh

3. Ilmu tasauf meliputi kajian hakikat ihsan. Ilmu tasauf ,wajib dipelajari sekadar mengetahui perkara yang boleh membatalkan amal pahala ibadat kita...hal-hal tersebut berupa syirik khofi atau syirik khofiyal khoffi seperti riak...menunjuk...ujub dll yang lebih halus lagi ilmu tarekat tasauf membicarakan hakikat ihsan...bagi mencapai makrifatullah,musyahadah,mahbbah dan mukasyafah...

Maka harus di ketahui...hukum beramal (beribadah), tanpa mengetahui ketiga-tiga ilmu fardu ain itu adalah sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Tidak sesekali amal ibadahnya (manusia itu) diterima , walaupun dia mengerjakan haji ke makkah". hadith diatas menujukkan berapa penting menuntut ilmu fardu ain yang tiga itu...mesti belajar...jangan diabaikan..

Sementara lmu fardu kifayah adalah seperti ilmu faraid,muamalat,munakahat,ilmu perubatan,matematik,sains dll. malah haram hukumnya mempelajari ilmu fardu kifayah sebelum mempelajari ilmu fardu ain tersebut.Meninggalkan yang fardu hukumnya adalah "Fasik"...jadi perkara ini haruslah dipandang serius... kerana orang yang fasik tidak sah menjadi saksi dan wali didalam sesuatu majlis pernikahan 

ilmu nafas..??? apakah..??

 
Ilmu Nafas memang tidak asing di kalangan pengikut-pengikut Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Sufi Islam. Orang-orang tua Melayu dahulukala yang mahir ilmu tenaga dalam, menekankan corak pernafasan yang betul, guna meningkatkan ‘tenaga dalam’, yang dikenali juga dengan nama chi, qi, prana atau qudrah (tenaga kosmik yang wujud di sekeliling kita)

Malangnya dengan gaya hidup kita sekarang yang serba-serbi nak cepat ditambah dengan persekitaran yang sentiasa STRESS, kita terdorong untuk bernafas secara ‘cetek’ (shallow breathing) dan cepat. Mengikut kajian, ini akan menyebabkan kita kurang menyedut chi (tenaga kosmik) dan ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kanser dll.


Kajian moden di negara barat telah membuktikan, dengan bernafas secara perlahan dan dalam, ianya dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membantu aliran darah ke seluruh tubuh. Ada dua jenis pernafasan ie.

- pernafasan dada (chest breathing) dan 
- pernafasan perut (abdominal breathing).


Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.

Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut?


Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian dada mengembang bila anda menarik nafas.Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’.


Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan rutin, sebenarnya anda boleh mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut.


Latihan Pernafasan 4-4-4.

Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat meningkatkan tenaga dalam atau chi kita.


1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks

2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan          kiraan 1,2,3,4.Tahan nafas di perut.

3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4

4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4 perlahan-lahan.


Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup! ataupun bila anda dalam keadaan STRESS!


"Allah ada dalam setiap hembusan nafas kita ", kata salah seorang ahli hikmah, yang juga merupakan Wali Allah, yaitu Imam Al-Ghazali. Beliau dikenal dengan ajaran estoterik-nya mengenai nafas Allah, ungkapan beliau yang terkenal adalah sebagai berikut :


"Fayalma'u fil-qulubi min waroo'i sitril-ghoibi syay'un min ghoro'ibil ‘ilmi", yang artinya : Maka bersinarlah dalam hati ini, pengetahuan yang unik dan luar biasa, dari balik dinding kegaiban. Beliau membuktikan bahwa gaibnya Allah adalah kekuatan, dan anugerah Allah ( fadlal Allah ), dapat diberikan kepada orang yang dikehendaki-Nya.


Sekarang bagaimana mempraktikkan nafas Allah dalam priktek peningkatan konsentrasi kita kepada Allah ?

Para ahli hikmah manafsirkan bahwa berdzikir Allah....Allah....., adalah cara utama untuk mencapai hal tersebut. Selain peningkatan ibadah kepada Allah, juga kita disadarkan ada Allah disetiap nafas kehidupan kita.


Kemudian dalam praktiknya inilah yang harus kita kerjakan :

Ambillah nafas yang cukup sebelum berdzikir Allah, kemudian hembuskan nafas kita sambil mengucap, "Allah..." sampai nafas kita habis.
Satu kalimah Allah, dalam satu tarikan dan hembusan nafas. 

Al ( lah* )........ tarik......

( Al* ) lah.... buang.


Pada mulanya kita merasakan nafas tersenggal seperti kehabisan nafas, tetapi dengan latihan yang cukup, nantinya kita akan merasakan semacam enerji adikodrati mulai mengisi lorong-lorong pernafasan menuju kepusat diri (pusar) dan akhirnya berjalan keseluruh tubuh. Tubuh terasa ringan, kon-sentrasi kita meningkat, dan tanpa disadari kita telah mengolah kemampuan ilmu hikmah kita kejajaran yang lebih tinggi lagi.


Membiasakan bernafas Allah, berarti kita mulai meningkatkan konsentrasi ibadah kita kehadirat Allah. Dan Insya Allah akan memberikan kita anugerah berupa kekuatan-kekuatan dan pengetahuan yang diatas manusia biasa.

Kuncinya adalah ikhlas, sabar, tekun & selalu Tawakal kepada Allah SWT. 



Amin....

sume paperw0rk ak kne wt..urghhh..!!!

rimas2..
ptt lh 1st week ag president kelab ak da sruh wt cm2 paperw0rk..
rpe nyer kt0rg nyer vice.pres defer sem nie..

ak pn plik gak lh np xpnah nmpak mke dy kt klas..
ak egt kn dye wt sh0rt sem s0 this sem dye trus ley amik sem 4 nyer sbjek..
sbb dye defer sem nie..s0 sume kje dye ak yg kne amik..untung lerr dye sbb xde sem nie..
xde lh byk kje dye nk wt..

 

cm2 meeting nk kne hndle..paperw0rk ag..kalah cm 0wg kje 0ffice je..
nk kne amik appr0vement ag..tmpal2 ag..p0st kt fb ag..fuhh~byk k0t kje..ak wt sume kje nie bkn sbb pres ak pmalas but pres ag bz dr ak..dye nk kne wt rep0rt plak..

nsib bdn lh sbb ak s0rg je pmpuan dlm kelab nie..slh ak gak gatal sgt amik k0s nie da kne j0in kelab nie but hving gak sbb ley cuci mate (gurau2 je..)..tp malang sbb slalu kne buli n kne wt kje yg di0rg xthu nk wt..

ak h0pe..0ne day de lh juni0r pmpuan ms0k dlm k0s n kelab nie..heheheehe~ 

penyucian diri...??? apakah..???

Dua jenis penyucian: Pertama zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan membasuh tubuh badan dengan air yang bersih. Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan menyedari kekotoran di dalam diri, menyedari dosanya dan bertaubat dengan ikhlas. Penyucian batin memerlukan perjalanan kerohanian dan dibimbing oleh guru kerohanian.

Menurut hukum dan peraturan agama, seseorang menjadi tidak suci dan wuduk menjadi batal jika keluar sesuatu dari rongga badan. Ini perlu diperbaharui dengan wuduk. Dalam hal keluar mani dan darah haid mandi wajib diperlukan. Dalam hal lain, bahagian tubuh yang terdedah - tangan, lengan, muka dan kaki - mesti dibasuh. Mengenai pembaharuan wuduk Nabi s.a.w bersabda, "Pada setiap pembaharuan wuduk Allah perbaharui kepercayaan hamba-Nya yang cahaya iman digilap dan memancar dengan lebih bercahaya". Dan, "Mengulangi bersuci dengan wuduk adalah cahaya di atas cahaya".

Kesucian batin juga boleh hilang, mungkin lebih kerap daripada kesucian zahir, dengan sifat buruk, buruk perangai, perbuatan dan sifat yang merosakkan seperti sombong, takabur, menipu, mengumpat, fitnah, dengki dan marah. Perbuatan secara sedar dan tidak sedar memberi kesan kepada roh: mulut yang memakan makanan haram, bibir yang berdusta, telinga yang mendengar umpatan dan fitnah, tangan yang memukul, kaki yang membawa kepada kejahatan. Zina, yang juga satu dosa, bukan sahaja dilakukan di atas katil. Nabi s.a.w bersabda, "Mata juga berzina".

Bila kesucian batin ditanamkan demikian dan wuduk kerohanian batal, membaharui wuduk demikian adalah dengan taubat yang ikhlas, yang dilakukan dengan menyedari kesalahan sendiri, dengan penyesalan yang mendalam disertai oleh tangisan (yang menjadi air yang membasuh kekotoran jiwa), dengan berazam tidak akan mengulangi kesalahan tersebut, berhasrat meninggalkan semua kesalahan, dengan memohon keampunan Allah, dan dengan berdoa agar Dia mencegahnya daripada melakukan dosa lagi.


Sembahyang adalah menghadap Tuhan. Berwuduk, berada di dalam keadaan suci, menjadi syarat untuk bersembahyang. Orang arif tahu penyucian zahir sahaja tidak memadai, kerana Allah melihat jauh ke dalam lubuk hati, yang perlu diberi wuduk dengan cara bertaubat. Firman Allah:
"Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu, untuk tiap-tiap orang yang bertaubat, yang menjaga (batas-batas)". (Surah Qaaf, ayat 32).

Penyucian tubuh dan wuduk zahir terikat dengan masa kerana tidur membatalkan wuduk. Penyucian ini terikat dengan siang dan malam bagi kehidupan di dalam dunia. Penyucian alam batin, wuduk bagi diri yang tidak kelihatan, tidak ditentukan oleh masa. Ia untuk seluruh kehidupan - bukan sahaja kehidupan sementara di dunia tetapi juga kehidupan abadi di akhirat.

KiSaH hAti

hatiku..hatimu..
menjadi satu cinta
ku rasa hadirmu
menyempurnakan aku

tapi..
cinta bukan milik kita 
semua..harus berakhir

cinta kau dan aku
tak kan mungkin bersatu
untuk saat ini
di dunia ini

mungkin kita bersama
nanti diatas sana
biar ku setia
menjaga cintamu 

 

mengapa masih bersedih...????

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 


Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.

Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.


Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

i miss u..YA RASULULLAH~


Di keheningan malam ini, entah keberapa kali aku terjaga dari lena yang seketika. Entah  mengapa hatiku dipagut kehibaan. Kehibaan yang sangat mencengkam sanubari. Jauh di sudut hatiku, berbaur kesedihan yang teramat. Tidak dapat diungkap perasaan ini dengan kata-kata. Walau seindah mana kata-kata masih tetap tak dapat digambarkan apa yang aku rasakan. Diriku sebenarnya merinduimu ya Rasulullah. Ya, teramat merinduimu.

Setiap detik ku teringatkan dirimu. Mendengar alunan selawat oleh kumpulan Hijjaz yang menjadi santapan halwa olehku di Laptop, membuatkan hati bertambah di pagut rindu padamu. Setiap kali mata singgah pada Surah Muhammad, mengalir air mataku.

Lagi bertambah hiba apabila terkenangkan saat dirimu berhadapan dengan sakaratulmaut, terngiang-ngiang katamu, "Ummati... ummati... ummati..." Ya Rasulullah, andai dirimu masih hidup, pasti dirimu kecewa, bersedih dengan keadaan umatmu zaman ini. Setiap kali teringatkan dirimu pasti deraian air mata yang menemani malamku kerana mengenangkan perjuanganmu Ya Rasulullah.

 

Ya Rasulullah, aku tidak tahu di mana harus ku salurkan rindu ini selain mengadu pada Sang Pencipta Cinta. Lantas, ku titipkan kalam bisu ini khas buatmu, supaya aku bisa berkongsi dengan mereka di luar sana, menyatakan betapa diriku ini ingin berjumpa denganmu. Tidak melampau untuk ku katakan bahawa aku punya mimpi.

Ya, aku menyimpan sebuah harapan besar ya Rasulullah.
Kelak, ketika di Yaumul akhir.

Engkau ibaratnya adalah seorang idola, superstar yang berdiri di atas kemegahan sebuah panggung. Sedangkan aku, dengan segala kekerdilanku berada di antara deretan para penonton dan aku akan memanggil engkau jauh di sudut sana, di antara jutaan lautan manusia.

Aku akan berteriak: Ya Rasulullah, Ya Rasulullah!!!
Aku berharap. Aku sungguh berharap.

Engkau akan menoleh ke arahku, dan berkata "Itu umatku!" "Itu umatku!"
Mungkin tidak tergambar betapa gembiranya perasaan ku pada waktu itu, tatkala melihat wajahmu. Sungguh aku ingin ya Rasulullah.

Aku ingin menjadi sebahagian dari barisan panjang umat yang mendapatkan syafaatmu.
Aku ingin menjadi sebahagian dari umat yang tersenyum berdiri di belakangmu,
Namun, adakah aku layak ya Rasulullah?
Layakkah aku melihat wajahmu?
Atau pantaskah aku melihat senyumanmu?
Sedangkan aku ini bukan siapa,
Yang hanya insan lemah, penuh dengan keluh kesah.

Ya Rasulullah,
Walau aku tahu aku tidak layak, namun dengan bertatih aku tetap ingin menitipkan rindu ini untukmu.

Ya Rasulullah,
Walau aku tahu ini tidak mudah, namun dengan segala kelemahanku aku akan mengikuti jalan juangmu. Yang aku tahu memang penuh liku likunya.

Ya Rasulullah,
Walau aku tahu ini akan sulit, namun aku ingin turut menjadi pembela-pembela Allah dan Rasulku. Aku ingin menjadi seorang mujahidah di jalan ini, tidak gentar dan tidak lemah

Ya Rasulullah,
Saksikanlah aku yang akan tertatih untuk mempertahankan istiqamahku,
Demi cintaku pada Allah, demi cintaku padamu Ya Rasul.

Ya Rasulullah,
Aku teringin sekali berbicara denganmu tentang kisah-kisah perjuanganmu dalam menegakkan kalimah Allah.
Aku ingin berkongsi suka, duka, airmata dan luka yang dirimu alami sepanjang 23 tahun taklifatmu sebagai Rasul.
Tidak tegar aku melihat betapa susahnya kamu berjuang di medan dakwah ini. Tidak sanggup aku mendengar celaan kaum musyrikin menghina perjuanganmu Ya Rasulullah.
Pedih perasaanku mendengar dirimu luka dilempar batu semasa berdakwah di Taif. Aku ingin berbicara kisah yang aku tahu ini kepadamu.
Aku ingin melafaz rindu ini kepadamu. Bahawa aku sangat mencintaimu.

Ya Rasulullah,
 Bumi Madinah ingin sekaliku jejak. Ingin sekali ku rasai deruan angin di bumi bertuah itu. Tatkala dirimu dan para sahabat berjuang berhabis habisan, mempertahankan Islam tercinta. Ku ingin melewati medan syuhada dan perjuanganmu di sana.
Moga Allah memberi rezeki untuk itu dan perkenankan permintaanku.
Rindu kami padamu Ya Rasul,
Rindu tiada terperi,
Berabad jarak darimu ya Rasul, serasa dikau di sini.
Salam Bahagia Bagimu, Ya Rasullullah.
Dari insan kerdil yang begitu merinduimu

if i fall in l0ve

 
Ya ALLAH..
Jika aku jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu..
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu..

Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati..
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati..
Jagalah hatiku padanya..
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu..

Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu..
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya ALLAH..
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu..
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..

Ya ALLAH..
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu..
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu..

Ya ALLAH..
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu..
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu..

Amin Ya Rabbal A'lamin..

kebahagiaan...

• Inilah erti bahagia


Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.


Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

 

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:


1. Beriman dan beramal salih.

“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.


2. Banyak mengingat Allah .

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)


3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)


4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia.
Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)


5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:

“Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)


6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:

“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. 

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu
menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selalin berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!

Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini.

Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...